Friday, August 7, 2009

DATMO Masuk Tahun Ke-6 !

Setelah diselubungi kekaburan mengenai penganjuran DATMO 2009, peminat catur tempatan dan luar Negara menarik lafas lega apabila diumumkan bahawa DATMO 2009 telah sah akan dianjurkan untuk edisi ke-6 tahun ini.

Sepanjang 5 tahu penganjurannya, pertandingan ini menjadi medan bagi para pemain terkemuka dari segenap pelusuk dunia untuk merebut hadiah dan gelaran yang ditawarkan. Nama-nama besar seperti GM Ni Hua, GM Wang Hao, GM Li Chao kesumuanya dari negara Tembok Besar China dan GM Dao Tien Hai (Vietnam) telah mengukir sejarah sebagai Johan dalam edisi-edisi lepas. Antara nama-nama besar lain yang turut memeriahkan edisi-edisi sebelum in ialah GM Marat Dzumaev, GM Saidali Yuldachev (Uzbekistan), GM Ian Rogers (Australia), GM Darwin Laylo (Philipines) dan ramai lagi.

Bagi “pencandu catur” tempatan pula, pertandingan ini menjadi satu peluang untuk mereka mengukur kemampuan dan pencapaian masing-masing apabila bertarung dengan jagohan dari luar dan dalam negara. Pada edisi lepas, pertandingan ini telah menghasilkan norm ( GM , IM ) kepada para pemain dan peluang ini haruslah direbut sebaik mungkin oleh para pemain tempatan. Sesungguhnya peluang seumpama ini jarang dapat dikecapi oleh pemain catur temapatan kerana kurangnya penganjuran pertandingan bertaraf antarabangsa dinegara ini.

Rakan sekolah saya semasa di Sekolah Menengah - Richard Kimbin yang kini bekerja di Italy akan "turun" ke Malaysia untuk bertanding dan ini merupakan tahun ketiga beliau datang dari Itali semata-mata untuk beraksi dikejohanan ini.

Sedikit latar belakang mengenai pertandingan ini. DATMO merupakan pertandingan catur yang diilhamkan oleh tokoh korporat negara dan Presiden seumur hidup Persatuan Catur Malaysia – Dato’ Tan Chin Nam. Beliau mewujudkan pertandingan ini bagi memperingati mendiang anaknya – Dato Arthur Tan. Sebanyak lima edisi telah dipersetujui untuk dianjurkan dan edisi yang terakhir telah diadakan dengan jayanya pada tahun lepas.

Setelah edisi terakhir berlabuh, keresahan mula timbul dikalangan para peminat bahawa tiada lagi peluang bagi para peminat catur tempatan untuk melihat jagohan-jagohan catur dunia dan para pemain catur tempatan bertarung minda di kejohanan anatarangsa ini.

Walaubagaimanapun keresahan ini berakhir apabila pihak MCF mengumumkan bahawa DATMO 2009 sah akan dianjurkan pada bulan Ogos ini.

Pertandingan tahun ini tidak lari dari beberapa cabaran iaitu pertamanya dari segi tarikh penganjuran yang kebetulan akan diadakan pada bulan Ramadhan. Untuk makluman - penganjuran DATMO ini merupakan sebahagian daripada - Pesta Catur Malaysia (Malaysian Chess Festival) yang merangkumi beberapa pertandingan/aktiviti catur yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang disambut pada bulan Ogos dan September. Oleh itu, pertindihan pertandingan ini dengan bulan Ramadhan adalah bukan sesuatu yang sengajakan dan harapan agar sambutan para peminat catur yang beragama Islam tidak akan berkurangan pada tahun ini.

Selain daripada itu, para peminat akan terlepas peluang untuk melihat aksi "bekas' pemain no. 1 negara IM Mashafizul di kejohanan ini Ini kerana beliau akan beraksi diluar negara bagi mengejar misi mendapatkan gelaran Grandmaster (GM) pertama bagi negara kita.

Menurut En. Abdul Hamid Majid - Timbalan Presiden, Persekutuan Catur Malaysia (MCF), beberapa nama besar telah mengesahkan penyertaan dalam edisi tahun ini. Semoga kejohanan ini akan terus menjadi acara tetap dalam kalendar catur Malaysia!

Selamat Datang ke Firasat Catur Hairulov Blog !

Blog ini diwujudkan bagi saya berkongsi idea, pemikiran dan pengalaman saya dalam permainan catur. Blog ini akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Ini kerana saya lebih /tepat/cepat/selesa meluahkan idea saya dalam bahasa ibunda saya.

Semoga blog ini dapat dimanfaatkan dengan baik.